CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, October 26, 2008

hanya yang terbaik


Dr klabfc
asalamualaikum n selamat sejahtera semua kami dari kelab fasi membawa kebanggaan dan perkhabaran gembira kepada kelab fasi sendiri juga kepada ahlinya mengenai kemenangan calon dpp kita iaitu saudara Nur Mohd Saifuddin Salahuddin berjaya terpilih sebagai YDP MPPUUM yang terbaru. selain itu kami sebagai ahli kelab fasi berbangga kerana YDP juga merupakan ahli seumur hidup kelab fasi,hehehe. tahniah di atas kejayaan beliau di harap beliau mampu menjalankan tugasn dan amanah sebaik mungkin. selain itu diharapkan beliau dapat sedikit sebanyak menyumbang idea dan pengalaman kepada kelab fasi. apa2pun tahniah din kerana berjaya terpilih.

berikut laporan terkini yang kami terima:-


25 OKTOBER 2008/ 25 SYAWAL 1429H ================================ "UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY) PROUUM ONLINE,

25 Oktober: Seramai 36 calon yang terpilih membarisi barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) sesi 2008/2009 menerima watikah perlantikan masing-masing bagi menerajui kepemimpinan mahasiswa universiti. Mereka menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MPPUUM di Bilik Senat UUM baru-baru ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan universiti itu menyaksikan Nur Mohd Saifuddin Salahuddin dilantik sebagai Yang Dipertua MPPUUM.

Mohd Shafeq Ismangil pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua, Raihanah Abd Razak (Naib Yang Dipertua I), Muhammad Jihadullah Othman (Naib Yang Dipertua II), Mohd Zulfikri Lukman (Setiausaha Agung) dan Nurul Khalis Md Zin (Bendahari).

Nur Mohd Saifuddin dalam ucapannya berkata perlantikan ini adalah satu tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada mereka sebagai pemimpin yang akan membawa suara mahasiswa.

Katanya, ini adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan, anjakan paradigma bagi membawa era baru dalam kepemimpinan berasaskan konsep akauntabiliti atau tanggungjawab. Beliau berharap dengan kepercayaan yang diberikan akan mendapat kerjasama yang padu daripada semua mahasiswa terutamanya barisan MPP untuk sama-sama merancang sesuatu yang akan dapat menaikkan nama pelajar, universiti dan negara.

"Kami berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada universiti," katanya yang mewakili rakan-rakan MPP lain. Sementara itu, Tan Sri Dr Nordin ketika menyampaikan amanatnya percaya barisan kepimpinan baru ini mempunyai keazaman dan keikhlasan untuk menunaikan tanggungjawab bagi memimpin masyarakat mahasiswa ke era yang lebih baik. "Kita tidak boleh mengulangi semula apa yang telah berlaku sebaliknya cuba mencipta perkara lain yang lebih baik dan mahasiswa jangan sesekali lupa dengan sejarah kewujudan kita," katanya. Beliau berharap pemimpin MPPUUM tidak cepat kehilangan perspektif dan mereka dapat memimpin rakan-rakan untuk berjaya tidak kira di dalam mahupun luar kampus. Habis.

0 comments: