CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, December 3, 2008

Jangan ketawa tau…………………

Kenakan Cikgu

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi....

P.S.: Moral of the story: Don't ever ask anybody answer you in "kata berlawan".


Kisah sang Drakula yang menyayat hati

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.
Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So, apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi ........... nak tau??????
apa kata Nabil,hehehe
lu pikir la sendiri.hahahaha

sek keb sri muda











Kali ini ahli klab fasi ada terlibat secara tidak langsung dengan program motivasi sekolah yang diadakan di DPP bank rakyat. Projek ini hasil tajaan yayasan pendidikan mara dan ditaja bersama oleh DMT event.Sek keb sri muda terpilih sebagai sek yang terpilih untuk terlibat dalam kem motivasi yag dijalankan. Sekolah tersebut terletak di ayer hitam jalan menuju ke alor star. Jumlah pelajar yang hadir lebih kurang 120 orang. Pelajar ini ditaja keseluruhannya oleh mara.Secara keseluruhan projek ini berjalan lancar dan diberitakan pihak penaja dan pihak sekolah gembira dengan kelancaran majlis ini berjalan. Projek ini diketuai oleh saudara Amir Hamzah sebagai ketua Fasi dan fasi yang lain terdiri daripada kak idah, hairy izwan, khairul husni, farahain, adam, faiqah, akmal, akhir.

imbas kembali


Ini merupakan bekas ketua fasilitator dpp bank rakyat yang terdahulu namanya mohd hairy bin manap. Dia merupakan orang Terengganu yang amat aktif di dalam dan di luar kampus. Setakat yang diketahui selain dia selaku ketua fasilitator dia juga merupakan pemain rugbi dpp bank rakyat (dahulunya dikenali sebagai kolej bukit kachi 1). Berperwatakkan sebagai seorang yang mudah mesra dan senag dibawa berbincang. Cirri fizikal yang tiggi membuat orang akan sentiasa memandang tinggi pada beliau. Apa-apa pun selamat maju jaya dari kami kepada saudara hairy semoga sentiasa cemerlang dalam dirinya.

Dah habis exam hilangkan tension pulak ye…………

Apek Kubur

Ali dan Abu baru saja balik dari mengaji di masjid yang berdekatan dengan kampungnya. Dalam perjalanan balik dari masjid itu, nak dijadikan cerita mereka berdua melalui dengan kubur cina. Mereka berdua berasa seram sejuk Beberapa saat selepas itu, mereka berdua terdengar bunyi orang sedang mengetuk batu. Mereka merasa semakin seram. Kemudian, mereka ternampak kelibat seorang lelaki tua di perkuburan itu.Mereka pun lega.Mereka menanya apek itu dan berkata "Apek,apa lu buat sini malam2" dan apek itu berkata "Haiya,itu orang salah tulis gua punya nama lo".Tau2lah selepas tuh.

Bonceng motor 3 orang

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!! korang paham tak.....hehehe

Cakap Arab

Ini cerita member aku kat aku hari tu.
Dia gi Yaman hari tu so tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.
membe aku nak tunjuk pandai dia cakap sambil menepuk bonet kereta"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi member dia tambah sambil menunjuk lubang tangki minyak " Petrol - Sodaqallah hul azim".Pening semua pak Arab tu.

Ganu vs Kelate

Menantu Terengganu : Mok...! kalu mok gi kedaa! tolong beli 'ketang' 4 kilo...! nanti kito bayar...
Mentua Kelantan : Bereehhh...
Selepas Mentua pulang dari kedai....
Menantu Terengganu : Looo...! bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang) banyok-banyok nih...!
Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete(ubi kentang)! pah tu kete mano pulakkk...!
Menantu Terengganu : Bukang ubi kentang! Kito suruh beli 'ketang'! Hok ada sepit(ketam)...

Gigi

Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.
Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni."
Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?"."terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni,nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.


Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?
Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'gilo'?!
hehehehehe...



Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : "Daud..."
Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...
Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : "Yes .. sir ... "
Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "
Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all living in Malaysia"

Imbas kembali



Syuazuan merupakan ketua fasilitator yang pertama yang mula-mula mengasas kelab fasi yang sehingga kini menjadi antara kelab yang disegani di dalam ataupun di luar universiti. Seorang ketua yang berkarisma dan mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dalam mencorakkan perjalanan kelab fasi ini dengan cara beliau tersendiri. Beliau juga merupakan bekas presiden kolej bukit kachi 1 (dpp bank rakyat) selepas meletak jawatan sebagai ketua fasilitator.