CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, December 3, 2008

Jangan ketawa tau…………………

Kenakan Cikgu

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi....

P.S.: Moral of the story: Don't ever ask anybody answer you in "kata berlawan".


Kisah sang Drakula yang menyayat hati

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.
Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So, apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi ........... nak tau??????
apa kata Nabil,hehehe
lu pikir la sendiri.hahahaha

sek keb sri muda











Kali ini ahli klab fasi ada terlibat secara tidak langsung dengan program motivasi sekolah yang diadakan di DPP bank rakyat. Projek ini hasil tajaan yayasan pendidikan mara dan ditaja bersama oleh DMT event.Sek keb sri muda terpilih sebagai sek yang terpilih untuk terlibat dalam kem motivasi yag dijalankan. Sekolah tersebut terletak di ayer hitam jalan menuju ke alor star. Jumlah pelajar yang hadir lebih kurang 120 orang. Pelajar ini ditaja keseluruhannya oleh mara.Secara keseluruhan projek ini berjalan lancar dan diberitakan pihak penaja dan pihak sekolah gembira dengan kelancaran majlis ini berjalan. Projek ini diketuai oleh saudara Amir Hamzah sebagai ketua Fasi dan fasi yang lain terdiri daripada kak idah, hairy izwan, khairul husni, farahain, adam, faiqah, akmal, akhir.

imbas kembali


Ini merupakan bekas ketua fasilitator dpp bank rakyat yang terdahulu namanya mohd hairy bin manap. Dia merupakan orang Terengganu yang amat aktif di dalam dan di luar kampus. Setakat yang diketahui selain dia selaku ketua fasilitator dia juga merupakan pemain rugbi dpp bank rakyat (dahulunya dikenali sebagai kolej bukit kachi 1). Berperwatakkan sebagai seorang yang mudah mesra dan senag dibawa berbincang. Cirri fizikal yang tiggi membuat orang akan sentiasa memandang tinggi pada beliau. Apa-apa pun selamat maju jaya dari kami kepada saudara hairy semoga sentiasa cemerlang dalam dirinya.

Dah habis exam hilangkan tension pulak ye…………

Apek Kubur

Ali dan Abu baru saja balik dari mengaji di masjid yang berdekatan dengan kampungnya. Dalam perjalanan balik dari masjid itu, nak dijadikan cerita mereka berdua melalui dengan kubur cina. Mereka berdua berasa seram sejuk Beberapa saat selepas itu, mereka berdua terdengar bunyi orang sedang mengetuk batu. Mereka merasa semakin seram. Kemudian, mereka ternampak kelibat seorang lelaki tua di perkuburan itu.Mereka pun lega.Mereka menanya apek itu dan berkata "Apek,apa lu buat sini malam2" dan apek itu berkata "Haiya,itu orang salah tulis gua punya nama lo".Tau2lah selepas tuh.

Bonceng motor 3 orang

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!! korang paham tak.....hehehe

Cakap Arab

Ini cerita member aku kat aku hari tu.
Dia gi Yaman hari tu so tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.
membe aku nak tunjuk pandai dia cakap sambil menepuk bonet kereta"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi member dia tambah sambil menunjuk lubang tangki minyak " Petrol - Sodaqallah hul azim".Pening semua pak Arab tu.

Ganu vs Kelate

Menantu Terengganu : Mok...! kalu mok gi kedaa! tolong beli 'ketang' 4 kilo...! nanti kito bayar...
Mentua Kelantan : Bereehhh...
Selepas Mentua pulang dari kedai....
Menantu Terengganu : Looo...! bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang) banyok-banyok nih...!
Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete(ubi kentang)! pah tu kete mano pulakkk...!
Menantu Terengganu : Bukang ubi kentang! Kito suruh beli 'ketang'! Hok ada sepit(ketam)...

Gigi

Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.
Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni."
Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?"."terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni,nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.


Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?
Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'gilo'?!
hehehehehe...



Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : "Daud..."
Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...
Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : "Yes .. sir ... "
Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "
Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all living in Malaysia"

Imbas kembali



Syuazuan merupakan ketua fasilitator yang pertama yang mula-mula mengasas kelab fasi yang sehingga kini menjadi antara kelab yang disegani di dalam ataupun di luar universiti. Seorang ketua yang berkarisma dan mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dalam mencorakkan perjalanan kelab fasi ini dengan cara beliau tersendiri. Beliau juga merupakan bekas presiden kolej bukit kachi 1 (dpp bank rakyat) selepas meletak jawatan sebagai ketua fasilitator.

Friday, November 14, 2008

calon-calon yang akan mewakili kelab fasilitator

Sunday, October 26, 2008

hanya yang terbaik


Dr klabfc
asalamualaikum n selamat sejahtera semua kami dari kelab fasi membawa kebanggaan dan perkhabaran gembira kepada kelab fasi sendiri juga kepada ahlinya mengenai kemenangan calon dpp kita iaitu saudara Nur Mohd Saifuddin Salahuddin berjaya terpilih sebagai YDP MPPUUM yang terbaru. selain itu kami sebagai ahli kelab fasi berbangga kerana YDP juga merupakan ahli seumur hidup kelab fasi,hehehe. tahniah di atas kejayaan beliau di harap beliau mampu menjalankan tugasn dan amanah sebaik mungkin. selain itu diharapkan beliau dapat sedikit sebanyak menyumbang idea dan pengalaman kepada kelab fasi. apa2pun tahniah din kerana berjaya terpilih.

berikut laporan terkini yang kami terima:-


25 OKTOBER 2008/ 25 SYAWAL 1429H ================================ "UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY) PROUUM ONLINE,

25 Oktober: Seramai 36 calon yang terpilih membarisi barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) sesi 2008/2009 menerima watikah perlantikan masing-masing bagi menerajui kepemimpinan mahasiswa universiti. Mereka menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MPPUUM di Bilik Senat UUM baru-baru ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan universiti itu menyaksikan Nur Mohd Saifuddin Salahuddin dilantik sebagai Yang Dipertua MPPUUM.

Mohd Shafeq Ismangil pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua, Raihanah Abd Razak (Naib Yang Dipertua I), Muhammad Jihadullah Othman (Naib Yang Dipertua II), Mohd Zulfikri Lukman (Setiausaha Agung) dan Nurul Khalis Md Zin (Bendahari).

Nur Mohd Saifuddin dalam ucapannya berkata perlantikan ini adalah satu tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada mereka sebagai pemimpin yang akan membawa suara mahasiswa.

Katanya, ini adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan, anjakan paradigma bagi membawa era baru dalam kepemimpinan berasaskan konsep akauntabiliti atau tanggungjawab. Beliau berharap dengan kepercayaan yang diberikan akan mendapat kerjasama yang padu daripada semua mahasiswa terutamanya barisan MPP untuk sama-sama merancang sesuatu yang akan dapat menaikkan nama pelajar, universiti dan negara.

"Kami berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada universiti," katanya yang mewakili rakan-rakan MPP lain. Sementara itu, Tan Sri Dr Nordin ketika menyampaikan amanatnya percaya barisan kepimpinan baru ini mempunyai keazaman dan keikhlasan untuk menunaikan tanggungjawab bagi memimpin masyarakat mahasiswa ke era yang lebih baik. "Kita tidak boleh mengulangi semula apa yang telah berlaku sebaliknya cuba mencipta perkara lain yang lebih baik dan mahasiswa jangan sesekali lupa dengan sejarah kewujudan kita," katanya. Beliau berharap pemimpin MPPUUM tidak cepat kehilangan perspektif dan mereka dapat memimpin rakan-rakan untuk berjaya tidak kira di dalam mahupun luar kampus. Habis.

Friday, October 17, 2008

Din/roy fasi berjaya terpilih mewakili MPP

sekalung tahniah diucapkan kepada din kerana berjaya terpilih menjadi exco MPP, UUM.
dari berita yg kami terima setakat ini din berjaya memenangi undian terbanyak dari kategori lelaki tp seperti biasa kemenangan dr jumlah undian dimenangi oleh siswi. apepun all da best n harap2 terpilih menjadi ydp MPP k. berikut merupakan keputusan rasmi pilihan raya UUM


16 OKTOBER 2008/16 SYAWAL 1429H =============================== "UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY) PROUUM ONLINE,
16 Oktober: Norhidayah Mohamed pelajar Kolej Perniagaan yang bertanding merebut kerusi bagi kawasan umum dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) 2008/2009 diumumkan sebagai pelajar tertinggi meraih undi.
Norhidayah, 21, pelajar program Pengurusan Teknologi mendapat undi terbanyak dengan jumlah 15,051 atau 82.50 peratus mengatasi 12 pencabar lain. Dengan kemenangan itu, anak kelahiran Bera Pahang ini berjaya menewaskan lapan calon lelaki yang turut bertanding atas tiket umum untuk mengisi 11 kerusi yang dipertandingkan.
Sementara itu, satu-satunya wakil MPPUUM sesi lepas Mohd Shafeq Ismangil yang turut bertanding bagi pemilihan kali ini terus kekal terpilih untuk menganggotai barisan kepimpinan pelajar tersebut. Mohd Shafeq, 21 pelajar program Pengurusan Hospitaliti yang menang tanpa bertanding sesi lepas memperoleh 12,031 undi atau 65.94 peratus dalam pemilihan ini.

Calon umum yang turut memenangi kategori ini ialah
Raihanah Abd Razak yang mendapat undian sebanyak 14,080 atau 77.18 peratus,
Nor Fazirah Ahmad Faiz 13,549 (74.27),
Nur Mohd Saifuddin Salahuddin 13,022 (71.38),
Za'imah Zaili 12,933 (70.89),
Ahmad Zhafir Mairof 12,707 (69.65),
Lee Wai Yan 12,296 (67.40),
Mohd Najhan Mohd Safuan 12,053 (66.07),
Chua Sia How 11,818 (64.18) dan
Tneh Chee Yong 10,913 (59.82).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid yang mengumumkan keputusan tersebut semalam berkata semua kerusi MPPUUM alah 36 dan selebihnya akan diisi calon daripada tiga kolej akademik iaitu Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa. Datu Ahmad Faiz berkata, peratus keluar mengundi tahun ini ialah 94.04 peratus dan jumlah ini juga meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 92.7 peratus dan ia merupakan satu petanda positif. "Pemilihan kali ini juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan ini menunjukkan pelajar mempunyai kematangan dalam berpolitik," kata Datuk Ahmad Faiz. Beliau melahirkan rasa bangga dengan sokongan, penyertaan dan penglibatan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menunaikan tanggungjawab untuk memilih calon masing-masing.


Selain itu, beliau berharap calon-calon yang tidak terpilih dalam pemilihan ini tidak akan berputus asa, dan kepada penyokong teruskan memberikan sokongan kepada calon yang dipilih sama ada berjaya atau tidak.

Sementara itu, calon yang menang dan layak menduduki kerusi bagi
Kolej Sastera dan Sains ialah
Ainnul Asyikkin Bakri yang mendapat undi sebanyak 5,281 atau 89.13 peratus,
Shariffah Aemee Dianna Syed Mohamed 5,220 (88.10),
Nurazlin Baizuana Ghazali 5,161 (87.11),
Mohd Zulfikri Lukman 5,101 (86.09),
Mohd Taufik Ismail 5,016 (84.66),
Mohd Fathuddin Mohd Aladin 4,958 (83.68),
Awalludin Safar Jaafar 4,706 (79.43) dan
Sivarijini Narapan 4,006 (67.61).

Calon bagi Kolej Perniagaan pula ialah
Sharifah Sharum Roy memperoleh 7,331 atau 74.43 peratus,
Aminatulnazwa Pornomo 7,157 (72.67),
Siti Aisyah Kamaruzaman 7,051 (71.59),
Hanan Zakaria 6,430 (65.29),
Mohd Aminuddin Omar 6,415 (65.13),
Nurul Khalis Md Zin 6,369 (64.67),
Mohd Ruzail Syawal Amross 5,838 (59.28) dan
Wilfred Anak Ugap 5,058 (51.36).

Bagi Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa calon yang layak ialah Khairunnisa Jamali dengan jumlah undi sebanyak 1,908 atau 75.89 peratus,
Muhammad Jihadullah Othman 1,896 (75.42),
Sallam Abdullah 1,815 (72.20),
Hasnah Ibrahim 1,720 (68.42),
Wan Nazroof Luqman Mohammed Noor 1,709 (67.98),
Mohd Farhan Ismail 1,632 (64.92),
Noor Suhada Khalib 1,578 (62.77) dan
Nor Munirah Rasmuni 1,464 (58.23).

Terdapat seramai 19,401 orang pelajar UUM sebagai pemilih berdaftar dan layak membuang undi pada pemilihan kali ini. Sebanyak 18,244 pelajar atau 94.04 peratus membuang undi yang dilakukan di Dewan Penginapan Pelajar masing-masing manakala 3,118 atau 17.09 peratus merupakan undi rosak. Habis.

Wednesday, September 24, 2008

hari raya dtg kembali,hehe

dari heryizwan

salam, hari merupakan hr terakhir sy berada dibumi kachi sbab lpas ni aku nk blik ke kg halaman aku di melaka. Sy mwakili seluruh kepimpinan fasi ingin menugucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekirannya ada kesilapan dari sudut zahir dan batin mohon dimaafin ya. semoga suma dapat blik n datang sini dgan slamat. jmpa lg :)

Friday, September 19, 2008

projek usahasama ngan bpkom

dari heryizwan,
untuk makluman semua, baru2 ni pada tarikh 12hb 9, kt ada satu projek yang dijalankan secara usahasama dengan biro pendidikan dan komuniti dan program ni merupakan program berbuka puasa bersama anak2 yatim BEDAYA Kulim. kelab fasi diberi amanah untuk menguruskan aktiviti berbentuk akademik kepada adik2 ni. tugas ini diketuai oleh faiqah yg merupakan ketua fasi bg program tersebut. untuk makluman adik2 ni yang datang ni adalah seramai 55org dan kesemuanya lelaki. dorg ni meliputi berbagai tingkat usia dr pelajar sek rendah hingga ke pelajar sek menengah. alhamdulillah projek ni berjalan lancar dan bagus sekali dengan komitmen yg ditunjukkan oleh fasi pada masa tu dan sy amat berpuas hati. klab fasi mghantar seramai 12 fasi yg dipilih melalui kaedah rawak shj. fasi diwakili 6 junior dan 6 senior yg pernah berpengalaman sebelum ini. jd nk cerita lbih tang projek ni kt tggu faiqah post komen ya. ok......... daaaa

selamat berpuasa

dari heryizwan,
alhamdulillah hr ni merupakan hr yg ke 19 kt sama2 berjaya meneruskan ibadah puasa. tp bg yg xberpuasa atas sebab sengaja alangkah malangnye kerana hr dan bulan yang mulia ni msing2 dh syahid awal. sebenarnya antara sedar dan tidak sedar bulan ramadhan al mubarak ni makin smpai ke penghujungnya. justeru, bulan mulia ini bakal menutup tirainya +- 10hr shj dan kemudian muncul pula bulan syawal yg menjadi bulan yg dinantikan oleh mereka yg berpuasa kerana merupakan bulan yang membawa ganjaran bg mereka dengan diwujudkan hari raya aidilfitri sebagai hari keraian kerana berjaya melaksanakan rukun islam ke 3 iaitu berpuasa dibulan ramadhan. walaupun begitu dengan keadaan suasana raya yang mula terasa kt dapati kebanyakannya sudah lupa dengan ganjaran yg plg bernilai pada bulan ramadhan ini iaitu lalilatul qadar. lailatulqadar khairumin alshahr. jd disamping mebuat persiapan raya jgn lupa sm2 kita cuba mendapati ganjaran pahala ni ya. jd seperti biasa teruskan berjuang lg ngan menjaga puasa anda. selamat berpuasa.

program yg batal

dari heryizwan:
salam, hari ni kalau diikut sebenarnya satu lg program bersejarah kelab fasi akan berlangsung tp disebabkan karenah birokrasi dan politik yg entah apa ntah program yg dirancang tidak menjadi.
untuk makluman semua hr ni merupakan hr bg program berbuka puasa bersama pemimpin di jadualkan bakal berlangsung tp masalahnya projek yg ingin dijalankan dibatalkan. secara mudahnya program ini akan dilangsungkan di kg darat berdekatan dengan universiti kita yg antara lain bermatlamat untuk sm2 merasa keindahan berbuka puasa bersama penduduk tempatan disamping menjemput MB Kedah yg baru tuk sama2 turun padang bsm2 pelajar dan org kg utuk berbuka sekali tp disebabkan paperwork tidak dluluskan maka projek ini gagal untuk dilaksanakan. projek ini merupakan inisiatif yg dilakukan oleh fasi kump 5 dan alhamdulillah projek ini sebenarnya dapat kerjasama yg baik dari kerajaan negeri. tp seperti yg diberitahu projek ini batal.

Saturday, September 6, 2008

kelab fasi

salam,
alhamdulillah ini merupakan lgkah pertama yg sy cuba usahakan untuk merperlihatkn sedikit perubahan dan nafas baru bg kelab fasi bank rakyat. tujuannya amat mudah untuk menjadiknnya sebagai pengantara atau pghubung diantara ahli-ahli agar ukhuwah yg terjalin akan kekal padu dan jitu. hrapn sy dgn kwujudan blog ini mampu memberikan sdkt ruang untuk kt bermesra dgn menggunakan kemudahan yg sedia ada. :]

sek keb haji abd rahman






klu kt bcerita tang fasi mmg xlari dgn kerja2 kbajikan. mmang fasi sdkt sbnyak mmbantu dlm kbajikn rakyat terutamanya km lbih dlm mbantu pelajar2 sek. dlm mmstikn adk2 ni ada keingginan utk mbangun dr sng ckap bermotivasi la eh. km telah pun djmput oleh phak HEP utk mjadi tuan rumah bg menerma kdtgn plajar sek dan tbarunya adlh dr sek haji abd rahman yg terletak di pendang.
klu nk cerita ckit tang adk2 ni dorg ni mmg nakal ckit. dorg sk nk men je permainan almaklumla bdak2 eh. tp yg mnarik ni dorg sporting n bolela mdgar nsht abg2 n kakak2 fasi. dorg yg dtg ni seramai 50 org bdak yg nk amik upsr. kr km kena wujudkn smangat ingin mdpt kptsn yg cmerlang la ni. km msti rebut peluang. wlaupun dh agak slalu buat tp kn ingat bak kt org tua2 "lain parang lain hulunya, lain org lain ragamnya".
alhamdulillah sgala aktiviti yg km anjurkn berjalan lncar tnpa ada mslah. guru2 mmberikn krjasama yg pnuh n plajar plak biasa dlm nkal ada cerdiknya. yg pling pntg bgaimn kt dapat mnarik ht dorg. antara xtiviti yg km nmpak meninggalkn kesan ada ah bile time muhasabah dr. dh kt muhasabah mmg jd kebiasaan ah nangis ttap ada. mnanggis ok tp klu xberubah itu yg jd mslhnye ek. ape2 pun sm la kt berdoa agar adk2 ini bjaya

p/s: utk makluman dorg ni tgh exm skang ni

sek laka selatan





ha ni plak cite sek laka selatan. Klu dh jd warga changlun n sintok xtau ktne laka selatan pyah bnor ni.haha. sek ni sek felda jd xmcm sek luarbandar n bandar la eh. Felda pun dh tau dh camn latar blkg sek tersebut n plajarnye camn. Sbnrnye km djemput utk mguruskn adik2 ni oleh staff uum yang mnjadi pljar upjj.
Ksahnye brmula pabila dorg tgah wat xtvt n mntak klab fasi tlong support ckit program depa ni. Dorgnye projek berasaskn khidmat msyarakat. Tmpatnye xjauh dr ktnye dpp cuma dlm 15-20 min je. Sek ni kt chanlung gak tp lebih kearah jln nk p kuala perlis. Kuala perlis msti taukn psgghan wajib seumur hdup plajar u kt selain padang besar dan sbgainya.
Sek ni secara umumnya sek yg bagus terutamanya budi bhs n perangai dorg. Almaklumla knak2 ni pd awalnye mmg bgus tp bila dh bsar salah asuhan jd teruk la eh. Kira dorg ni ibarat kain putih yg mncoraknye adalah kuarga dorg sndr samada nk jd hitam ke, putih ke or pelangi.
Km mnjalankan xtvt disana cm dlm sehari shj n dibuat ketika pelajar lain bercuti.
Ok, sek ni mcm biasa km kena berikn sdkt motivasi tuk dorg belajar sbb bdak felda kdgkala bab2 blajar ni kurg mnat ckit tp bkn sy yg ckap tp diberitahu penganjur sendiri. Ikut sejarah sekolah tersebutsblum ni pd tahun lepas xda yg skor 5A pun. Jd matlamat km cam biasa la nk ubahkn ckit mentaliti adk2 kt ni. Ape yg perlu diubah kt perlu ubah eh tp nilai2 murni yg da pd dorg jgn kt ubah tp perlu dbangunkn.
Sy dfahamkn oleh staff atau pelajar upjj yg wat program ni kuarga n masyarakat kt sini mmg sporting n dduk dlm masyarakat yg harmoni. Dorg xda msalah nk luangkn ms sm2 mnjayakan program ni. Tambahnya lg bnyak nilai murni yg da pd dorg dh hmpir pupus bg masyarakat tmpat len walaupun luarbandar skalipun. Itu yg kt slalu dgar jauh pjalanan luas pndangan. Dtg tmpat org kdg2 mgajar kt jd amik la yg baik n tggal yang bruk.
Akhir kalam, marila kt sm2 turut terlibat ngan xtvt ni itupun klu brpluang lg. atas pgalamn apa yg sy join sblm ni sdkit sbnyak mningkatkn kesedaran n kmatangan diri. Jd jgn kata fasi ni xberperanan dlm mbangunkn modal insan eh xcuba mmg xtau.

sek kluster yg pnah km uruskan




ok. kt cerita tang program sek ni plak eh. nm diberi sek keb sultan ahmad tajuddin yg xjauh dr u kt dekat jitra je. tp sp kt jauh mmg agaknye subjek geographi fail kot, hahaha. jgn marah gurau je hrap dijauhkn dr gagal eh. sek. ni klu km suma nk tau eh dia ni merupakan sekolah kluster. tau x ape bnda kluster tu. klu dperingkat universiti kt da universiti apex bgitu gak sek. cm da beza ckit la xda sm sngat tp yg pntg konsep dia sm. ape xtau gak universiti apex tu ape????. ha ni mslah ni kn rajin la bkak surat kabar eh jgn stakat bkak tp bc2 la skali ye. sy xkn trgkn ape apex tu itu pndai2 ah korg cr sndr dh bsarkn.hahaha. ok, kluster ni sek. yg pntadbiran dpegang oleh phak sek tersebut tnpa da cmpurtgn asing. bmaksud sek ni leh ah wat kputusan sndr dlm stiap xtvt tmsuk dalam belanjawan sek terbabit. ni penerangan yg lbk krang je. nk lebih cr sndr k.
slain itu sek ni istimewa ckit sbb sek ni antara sek yg terbaik di kedah ni n malaysia. kr ni brmaksud sek ni mmg hebat btul la. jgn terkejut dorg bole speaking in english very powerfull,haha. selain tu latar blkg kuarga dorg pun hbat gak. da anak lect, engnier, usahawan dan sbgnya.
dorg ni len ckit pada yg len dlm bab2 pljaran ni dorg concern lbh bbnding sek luar bndar bdsarkn penerangan td pun kt dh leh tau ek. bdak2 still bdak2, knape sy ckap gitu eh. bdak ni pling dia xtif tang bile bsukan. bab2 tu dorg grenti suka sgat. ni la persamaan dorg ni eh. ape2 pun bg mreka yg blum berpluang jd fasi n berminat jmpa la sy ye. mgkin atas klmahan sy leh jd terlepas pndang plak.

p/s: kn wat projek bsar ni, hehehe

miggu orientasi 2008










kali ni pulak gmbr ms orientasi yg dikendalikan oleh klab fasi sndiri
mcm biasela nm pun mnggu orientasi eh mstila rmai pelajar yg terlibat
sygnye time 2 gak kf kt demam dgar kabar xblik kg pun sblm mggu orientasi tu maybe dmam rindu kot.haha
ape2 pun khadiran pljar baru mmberikn snar baru kpd dpp bank rakyat. kami bg klab fasi sndiri mgharapkn agar pljr baru ni la yg dpat satu hr nnti memimpin klab fasi supaya berjaya dimasa hadapan.

p/s: agak2nye ms dorg pgang klab fasi nnti klab fasi kt ni dh jd klab fasi universiti kot. doa2kn la eh

Gempita Malam Fasilitator




sejak kali pertama km memegang kpimpinan fasi, majlis Gempita Malam Fasilitator mrupakan yg agak santai km lakukan. km lakukan ats dasar utk mghargai kpimpinan tdahulu yg bnyk berjasa kpd kelab fasi
thamk bebanyak.

p/s: kdg2 tkenang gak MT lm fasi.

organisasi fasi 2008



ni lg sorg mt fasi nmnye khai mt merangkap pemantau kump 5


salam
inila dia mt kelab fasilitator
km la yg btanggjwb dlm memastikan kelangsungan kelab fasi mengharungi suka-duka dan segala cabaran dalam memastikan kelab fasi masih relevan dan berpengaruh di dpp kt . sy sndiri berbangga dgn dorg krn tanpa dorg xbergerak la klab fasi. seperti pesanan sabah "kt sbgai fasi kn ltakkn diri semua juga sbgai Kf barula amanah yg ditanggung ini terlaksana ngan jayanya" thank sabah krn pham tggjwb kt sbgai mt fasilitator ni. kt kn sm2 bganding bahu dan tenaga barula kita memperolah kejayaan. apepun sgala keringat n budi yg telah dilontarkan dan diusahakan hnya ganjaran Allah sahaja yg dpat membalasnye insyaAllah. syukur sy berada dkalangan mereka dan bekerja bersamanya.
alhamdulillah
ok dr kiri laili(mt n pmantau kump 3), huda(mt n pemantau kump 4), ainun(mt n pemantau kump 1), nisa(pnolong setiausaha), faiqah(timbalan ketua fasi), hairyizwan(ketua fasi), emma(setiausaha), ariff@sabah(bendahari), ain(mt n pemantau kump 5), aya(mt n pemantau kump 2). gmbar bwah gmbar khai mt fasi n pemantau kump 5

Friday, September 5, 2008

hiburan


MusicPlaylistRingtones