CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 9, 2009

Rahsia kejayaan fasilitator

Rahsia kejayaan Fasilitator sebenarnya terletak pada fleksibilitinya semasa mengendalikan kumpulan. Fasilitator yang tidak dapat mengawal kumpulan di bawah jagaannya dengan baik mengalami kegagalan yang mengecewakan. Oleh itu fasilitator yang baik adalah fasilitator yang:

Fleksibel: Fasilitator yang mampu mengubahsuai aktiviti kumpulan yang digunakan dalam sesi LDK sebelum dan semasa aktiviti itu sedang berjalan.
Adaftif: Fasilitator yang mampu mengubah suai aktiviti kumpulan yang mengalami situasi jurang kumpulan yang kritikal

Proaktif: Sebelum memulakan aktiviti kumpulan, fasilitator mengubahsuai aktiviti yang disediakan megikut kesesuaian karakter ahli kumpulan dan objektif program.
Responsif: Ketika aktiviti sedang berlangsung, fasilitator tidak membuat apa-apa pengubahsuaian bagi memastikan situasi yang tegang berada dalam kadar yang terkawal.
Anjal: Fasilitator mampu menerima apa sahaja yang berlaku dalam kumpulan sebagai sesuatu yang bernilai dan dapat meneruskan aktiviti dengan licin.

1 comments:

Unknown said...

Can I join this club??