Wednesday, December 3, 2008
sek keb sri muda
Posted by kelab fasilitator at 9:23 PM 0 comments
imbas kembali
Posted by kelab fasilitator at 9:22 PM 0 comments
Dah habis exam hilangkan tension pulak ye…………
Apek Kubur
Ali dan Abu baru saja balik dari mengaji di masjid yang berdekatan dengan kampungnya. Dalam perjalanan balik dari masjid itu, nak dijadikan cerita mereka berdua melalui dengan kubur cina. Mereka berdua berasa seram sejuk Beberapa saat selepas itu, mereka berdua terdengar bunyi orang sedang mengetuk batu. Mereka merasa semakin seram. Kemudian, mereka ternampak kelibat seorang lelaki tua di perkuburan itu.Mereka pun lega.Mereka menanya apek itu dan berkata "Apek,apa lu buat sini malam2" dan apek itu berkata "Haiya,itu orang salah tulis gua punya nama lo".Tau2lah selepas tuh.
Bonceng motor 3 orang
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!! korang paham tak.....hehehe
Cakap Arab
Ini cerita member aku kat aku hari tu.
Dia gi Yaman hari tu so tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.
membe aku nak tunjuk pandai dia cakap sambil menepuk bonet kereta"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi member dia tambah sambil menunjuk lubang tangki minyak " Petrol - Sodaqallah hul azim".Pening semua pak Arab tu.
Ganu vs Kelate
Menantu Terengganu : Mok...! kalu mok gi kedaa! tolong beli 'ketang' 4 kilo...! nanti kito bayar...
Mentua Kelantan : Bereehhh...
Selepas Mentua pulang dari kedai....
Menantu Terengganu : Looo...! bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang) banyok-banyok nih...!
Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete(ubi kentang)! pah tu kete mano pulakkk...!
Menantu Terengganu : Bukang ubi kentang! Kito suruh beli 'ketang'! Hok ada sepit(ketam)...
Gigi
Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.
Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni."
Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?"."terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni,nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.
Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung
JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?
Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'gilo'?!
hehehehehe...
Interview dalam English
Daud sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : "Daud..."
Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...
Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : "Yes .. sir ... "
Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "
Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all living in Malaysia"
Posted by kelab fasilitator at 9:20 PM 0 comments
Imbas kembali
Syuazuan merupakan ketua fasilitator yang pertama yang mula-mula mengasas kelab fasi yang sehingga kini menjadi antara kelab yang disegani di dalam ataupun di luar universiti. Seorang ketua yang berkarisma dan mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dalam mencorakkan perjalanan kelab fasi ini dengan cara beliau tersendiri. Beliau juga merupakan bekas presiden kolej bukit kachi 1 (dpp bank rakyat) selepas meletak jawatan sebagai ketua fasilitator.
Posted by kelab fasilitator at 9:10 PM 0 comments
Friday, November 14, 2008
Sunday, October 26, 2008
hanya yang terbaik
asalamualaikum n selamat sejahtera semua kami dari kelab fasi membawa kebanggaan dan perkhabaran gembira kepada kelab fasi sendiri juga kepada ahlinya mengenai kemenangan calon dpp kita iaitu saudara Nur Mohd Saifuddin Salahuddin berjaya terpilih sebagai YDP MPPUUM yang terbaru. selain itu kami sebagai ahli kelab fasi berbangga kerana YDP juga merupakan ahli seumur hidup kelab fasi,hehehe. tahniah di atas kejayaan beliau di harap beliau mampu menjalankan tugasn dan amanah sebaik mungkin. selain itu diharapkan beliau dapat sedikit sebanyak menyumbang idea dan pengalaman kepada kelab fasi. apa2pun tahniah din kerana berjaya terpilih.
berikut laporan terkini yang kami terima:-
25 OKTOBER 2008/ 25 SYAWAL 1429H ================================ "UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY) PROUUM ONLINE,
25 Oktober: Seramai 36 calon yang terpilih membarisi barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) sesi 2008/2009 menerima watikah perlantikan masing-masing bagi menerajui kepemimpinan mahasiswa universiti. Mereka menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan MPPUUM di Bilik Senat UUM baru-baru ini.
Majlis yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan universiti itu menyaksikan Nur Mohd Saifuddin Salahuddin dilantik sebagai Yang Dipertua MPPUUM.
Mohd Shafeq Ismangil pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua, Raihanah Abd Razak (Naib Yang Dipertua I), Muhammad Jihadullah Othman (Naib Yang Dipertua II), Mohd Zulfikri Lukman (Setiausaha Agung) dan Nurul Khalis Md Zin (Bendahari).
Nur Mohd Saifuddin dalam ucapannya berkata perlantikan ini adalah satu tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada mereka sebagai pemimpin yang akan membawa suara mahasiswa.
Katanya, ini adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan, anjakan paradigma bagi membawa era baru dalam kepemimpinan berasaskan konsep akauntabiliti atau tanggungjawab. Beliau berharap dengan kepercayaan yang diberikan akan mendapat kerjasama yang padu daripada semua mahasiswa terutamanya barisan MPP untuk sama-sama merancang sesuatu yang akan dapat menaikkan nama pelajar, universiti dan negara.
"Kami berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada universiti," katanya yang mewakili rakan-rakan MPP lain. Sementara itu, Tan Sri Dr Nordin ketika menyampaikan amanatnya percaya barisan kepimpinan baru ini mempunyai keazaman dan keikhlasan untuk menunaikan tanggungjawab bagi memimpin masyarakat mahasiswa ke era yang lebih baik. "Kita tidak boleh mengulangi semula apa yang telah berlaku sebaliknya cuba mencipta perkara lain yang lebih baik dan mahasiswa jangan sesekali lupa dengan sejarah kewujudan kita," katanya. Beliau berharap pemimpin MPPUUM tidak cepat kehilangan perspektif dan mereka dapat memimpin rakan-rakan untuk berjaya tidak kira di dalam mahupun luar kampus. Habis.
Posted by kelab fasilitator at 4:08 AM 0 comments
Friday, October 17, 2008
Din/roy fasi berjaya terpilih mewakili MPP
sekalung tahniah diucapkan kepada din kerana berjaya terpilih menjadi exco MPP, UUM.
dari berita yg kami terima setakat ini din berjaya memenangi undian terbanyak dari kategori lelaki tp seperti biasa kemenangan dr jumlah undian dimenangi oleh siswi. apepun all da best n harap2 terpilih menjadi ydp MPP k. berikut merupakan keputusan rasmi pilihan raya UUM
16 OKTOBER 2008/16 SYAWAL 1429H =============================== "UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY) PROUUM ONLINE,
16 Oktober: Norhidayah Mohamed pelajar Kolej Perniagaan yang bertanding merebut kerusi bagi kawasan umum dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPPUUM) 2008/2009 diumumkan sebagai pelajar tertinggi meraih undi.
Norhidayah, 21, pelajar program Pengurusan Teknologi mendapat undi terbanyak dengan jumlah 15,051 atau 82.50 peratus mengatasi 12 pencabar lain. Dengan kemenangan itu, anak kelahiran Bera Pahang ini berjaya menewaskan lapan calon lelaki yang turut bertanding atas tiket umum untuk mengisi 11 kerusi yang dipertandingkan.
Sementara itu, satu-satunya wakil MPPUUM sesi lepas Mohd Shafeq Ismangil yang turut bertanding bagi pemilihan kali ini terus kekal terpilih untuk menganggotai barisan kepimpinan pelajar tersebut. Mohd Shafeq, 21 pelajar program Pengurusan Hospitaliti yang menang tanpa bertanding sesi lepas memperoleh 12,031 undi atau 65.94 peratus dalam pemilihan ini.
Calon umum yang turut memenangi kategori ini ialah
Raihanah Abd Razak yang mendapat undian sebanyak 14,080 atau 77.18 peratus,
Nor Fazirah Ahmad Faiz 13,549 (74.27),
Nur Mohd Saifuddin Salahuddin 13,022 (71.38),
Za'imah Zaili 12,933 (70.89),
Ahmad Zhafir Mairof 12,707 (69.65),
Lee Wai Yan 12,296 (67.40),
Mohd Najhan Mohd Safuan 12,053 (66.07),
Chua Sia How 11,818 (64.18) dan
Tneh Chee Yong 10,913 (59.82).
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid yang mengumumkan keputusan tersebut semalam berkata semua kerusi MPPUUM alah 36 dan selebihnya akan diisi calon daripada tiga kolej akademik iaitu Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa. Datu Ahmad Faiz berkata, peratus keluar mengundi tahun ini ialah 94.04 peratus dan jumlah ini juga meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 92.7 peratus dan ia merupakan satu petanda positif. "Pemilihan kali ini juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan ini menunjukkan pelajar mempunyai kematangan dalam berpolitik," kata Datuk Ahmad Faiz. Beliau melahirkan rasa bangga dengan sokongan, penyertaan dan penglibatan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menunaikan tanggungjawab untuk memilih calon masing-masing.
Selain itu, beliau berharap calon-calon yang tidak terpilih dalam pemilihan ini tidak akan berputus asa, dan kepada penyokong teruskan memberikan sokongan kepada calon yang dipilih sama ada berjaya atau tidak.
Sementara itu, calon yang menang dan layak menduduki kerusi bagi
Kolej Sastera dan Sains ialah
Ainnul Asyikkin Bakri yang mendapat undi sebanyak 5,281 atau 89.13 peratus,
Shariffah Aemee Dianna Syed Mohamed 5,220 (88.10),
Nurazlin Baizuana Ghazali 5,161 (87.11),
Mohd Zulfikri Lukman 5,101 (86.09),
Mohd Taufik Ismail 5,016 (84.66),
Mohd Fathuddin Mohd Aladin 4,958 (83.68),
Awalludin Safar Jaafar 4,706 (79.43) dan
Sivarijini Narapan 4,006 (67.61).
Calon bagi Kolej Perniagaan pula ialah
Sharifah Sharum Roy memperoleh 7,331 atau 74.43 peratus,
Aminatulnazwa Pornomo 7,157 (72.67),
Siti Aisyah Kamaruzaman 7,051 (71.59),
Hanan Zakaria 6,430 (65.29),
Mohd Aminuddin Omar 6,415 (65.13),
Nurul Khalis Md Zin 6,369 (64.67),
Mohd Ruzail Syawal Amross 5,838 (59.28) dan
Wilfred Anak Ugap 5,058 (51.36).
Bagi Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa calon yang layak ialah Khairunnisa Jamali dengan jumlah undi sebanyak 1,908 atau 75.89 peratus,
Muhammad Jihadullah Othman 1,896 (75.42),
Sallam Abdullah 1,815 (72.20),
Hasnah Ibrahim 1,720 (68.42),
Wan Nazroof Luqman Mohammed Noor 1,709 (67.98),
Mohd Farhan Ismail 1,632 (64.92),
Noor Suhada Khalib 1,578 (62.77) dan
Nor Munirah Rasmuni 1,464 (58.23).
Terdapat seramai 19,401 orang pelajar UUM sebagai pemilih berdaftar dan layak membuang undi pada pemilihan kali ini. Sebanyak 18,244 pelajar atau 94.04 peratus membuang undi yang dilakukan di Dewan Penginapan Pelajar masing-masing manakala 3,118 atau 17.09 peratus merupakan undi rosak. Habis.
Posted by kelab fasilitator at 12:26 AM 3 comments



