Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..
Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…
Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..
Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"
Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.
Thursday, June 4, 2009
kelakar
Posted by kelab fasilitator at 10:10 AM 0 comments
Wednesday, March 18, 2009
PAKU DI DINDING HATIMU
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalaKkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Selain itu, maafkanlah sesiapa yg telah melukakan hatimu kerana mereka juga adalah insan biasa yg tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Posted by kelab fasilitator at 9:50 AM 0 comments
RENUNGAN BERSAMA...
Rasulullah SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Posted by kelab fasilitator at 9:23 AM 1 comments
Sunday, March 15, 2009
Sek Keb Napai, Sek Keb Felda Lakar Selatan, Sek Keb Batu 8 dan Sek Keb Buit Tangga
Posted by kelab fasilitator at 5:13 PM 0 comments
Kg Gumum, Tasik Chini
Dari Kedah ke Pahang..hmmm, jauh kan?? mengambil masa 12 jam utk sampai ke tempat projek. ini adalah projek terbesar yg pernah kelab fasi anjurkan. tahniah diucapkan kepada pengarah projek iaitu bani dan timbalan projek iaitu farah. utk pengetahuan semua Bani merupakan MT kelab Fasi pada semester ini. selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada exco jpm Dpp yg tidak terkecuali melibatkan diri dlm program ini.Thanks juga kpd YDP MPPUUM, abg Nur Mohd Saifuddin Salahuddin kerana sanggup bepenat lelah melibatkan diri dalam program ini, walaupun kita sedia maklum bahawa diri beliau adalah seorg yg sgt sibuk.hehehe.....apapun tahniah kepada semua ahli fasi yg terlibat dalam program ini..
Posted by kelab fasilitator at 4:42 PM 0 comments
Sek Keb Kodiang, Sek Keb Syed Nahar, Sek Jitra 3 dan Sek Keb Kuala Ketil
antara 4 buah sekolah yang fasi bank rakyat uruskan. melibatkan hampir 500 orang pelajar sek rendah.rasanya inilah kali pertama kami menguruskan pelajar seramai hmpir 500 org. peserta yang agak ramai dan sukar utk di kawal. tetapi dgn kerjasama daripada semua ahli fasi yg terlibat akhirnya kami dpt menguruskan pelajar tanpa masalah yang besar. terima kasih kepada ahli fasi yg terlibat secara lgsung or yg menolong kami di belakang tabir.
Posted by kelab fasilitator at 12:18 PM 0 comments
Labels: 4 buah sek
Sunday, January 4, 2009
Mt terbaru kelab fasilitator 2009
PENGERUSI : MOHD KHILATUL PAJAR BIN MOHAMED NAIM
TIMBALAN PENGERUSI : NASUHA BINTI CHE A BAKAR
SETIAUSAHA 1 : NURUL AIN BINTI MOHD AYOP
SETIAUSAHA 2 : NOOR ADILLA BINTI LAZI
BENDAHARI : MOHAMAD SHAHBANI BIN SEIKH BIDIN
AJK : MOHD FARDAUS BIN HARON
AJK : ZAIDI ASRAF BIN IDRIS
AJK : THIRUNAVAKARAN A/L MANKKAM
AJK : MAS HARTIKA BINTI KAMAL
AJK : JUNIZA BINTI MAD RODI
AJK : INTAN FARHANA BITI MOHD RAFEE
AJK : NADIANURHANA BINTI SUNGIP
Posted by kelab fasilitator at 7:16 AM 1 comments