Sesi LDK sememangnya amat penting dalam sesuatu program latihan kerana objektif dan matlamat program diserapkan melalui sesi ini.
Ia dianggap sebagai nadi sesuatu program, oleh itu sesi ini memerlukan perancangan yang rapi dan kemas.
Sesi LDK akan berjalan dalam kumpulan yang telah dibentuk sepanjang program latihan berlangsung.
Pentingnya pembentukan kumpulan ini;
Daya kefahaman dan kepekaan seseorang ke atas nilai dan norma yang dipegangnya serta mengenai gelagat dirinya sendiri
Tahap kefahaman dan kepekaan ke atas tingkah laku orang lain juga dapat dipertingkatkan
Dapat memberi kefahaman kepada seseorang berhubung bagaimana orang lain memandang, mentafsir dan dipengaruhi oleh sesuatu tingkah laku
Dapat mendedahkan faktor-faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu kelompok
Dapat mendedahkan kepada peserta bagaimana individu dalam kelompok saling mempengaruhi norma, nilai dan keputusan individu lain
Dapat mendedahkan bagaimana tingkah laku anggota kelompok dalam menghadapi tekanan dan ketegangan sosial
Dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam memberi dan menerima maklum balas dalam membuat sesuatu keputusan
Dapat mendidik peserta bekerja sebagai satu kumpulan
Jenis Ahli Dalam Pembentukan Kumpulan
Kaki Tengkar
Kaki Angguk
Serba Tahu
Kaki Borak
Pemalu
Kaki Bangkang
Tak Ambil pusing
Diktator
Tukang Perangkap
Suka Bersaing
Si Sempurna
Tikam Belakang
Tuesday, June 9, 2009
LDK dalam erti kata fasilitator
Posted by kelab fasilitator at 8:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment