Tugas Fasilitator adalah memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan licin.
Oleh itu ia memerlukan kepada pemerhatian, menasihati, membantu, membimbing dan kaunseling secara maksimum.
Manakala mengurus, mengarah dan mengawal sesuatu kumpulan dan perbincangan mesti pada tahap yang paling minimum
Seseorang yang berminat menjadi fasilitator mesti memahami dengan mendalam sama ada dari segi teknikal mahupun konsep dan etika
Penting bagi seorang fasilitator memperbanyakkan pembacaan dalam apa jua jenis bahan pembacaan.
Proses Transformasi
Proses transformasi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori aktiviti, iaitu:
1 Penerokaan
2 Penjelasan
3 Programing
1 Penerokaan
Satu aktiviti yang menumpukan kepada penerokaan berhubung apa yang ada di sana, menyingkap representasi diri individu ke atas dunia sekeliling.
Ianya juga adalah suatu proses mengenali diri sendiri dan jenis-jenis persepsi dan pengetahuan yang ada untuknya.
2 Penjelasan
Penjelasan ialah aktiviti mengenali dan meneutralkan kepincangan atau sebarang representasi luaran.
Memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang mungkin mengganggu minda individu.
Mengembalikan seseorang individu yang mungkin terhanyut pemikirannya ke jalan yang benar.
3 Programming
Programing adalah suatu aktiviti yang secara langsung membentuk peribadi individu ke arah yang lebih baik.
Dilakukan dengan cara menekankan kepada kehendak sebenar seseorang individu dan membantu menjadikannya lebih realiti.
Memperkukuhkan lagi sifat-sifat dan kebolehan yang diingini oleh seseorang individu
Perhatian!!!!!!
Perlu diingat kehadiran fasilitator bukannya mengubah hidup seseorang.
Ia hanya satu sistem bagi membantu mengubah minda dan menangani aspek-aspek kehidupan mereka yang jumud, dan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang mereka ingini dalam hidup mereka.
Fasilitator adalah agen perubahan.
Tuesday, June 9, 2009
Tugas fasilitator
Posted by kelab fasilitator at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment